Isnin, 11 Mei 2009

Sijil Herbalis Ke 16



lihat gambar.....
11hb Mei 2009 - 31hb Mei 2009
Perasmian Pada 11hb Mei 2009, Tempat: Dewan Omar Mukhtar, Bandar HPA Sg.Petani
Jam 9.00 Pagi oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
11hb Mei 09 telah bermula dengan rasminya program sijil herbalis ke 16 dengan penglibatan peserta seramai 51 orang. Hari pertama bermula dengan majlis taaruf dan 2slot awal bersama Pengarah Urusan yang membincangkan buku tulisan beliau, Jawi Med Herbs.Sijil Herbalis kali 16 mulai 11hb Mei 2009 - 31hb Mei 2009. Tenaga pengajar terdiri dari Malaysia, Pengarah Urusan Sendiri,Pjs Hajjah Sarifah, Pjs Jamaluddin, Ust Zulkifli serta tenaga pengajar dari Indonesia Dr. Zaidul, Dr.Savitri, Dr.Sri Septriyani, Drs. Yayat Ruhiyat, Pak Agus Hidayat dan Pak Habib (Nazam HPA)

Program sijil kali ini dijangka lebih menarik memandangkan penyusunan bentuk pembelajaran dan lokasi yang berubah-ubah bakal memberikan 'refreshment' dalam pembelajaran peserta. Banyak juga program outdoor yang bakal dilalui peserta dalam memberi pemahaman yang terperinci tentang herba.InsyaAllah, diharapkan supaya pelajar-pelajar sijil ke 16 ini bakal menjadi herbalis-herbalis yang bukan hanya membawa ilmu perubatan jawi, tetapi juga menjadi seorang herbalis yang tinggi akhlaknya dan baik hubungan dengan Tuhannya disamping membawa visi dan matlamat HPA. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan