Selasa, 28 Julai 2009

Pelajar Herbalis 16 yang menerima Anugerah Konvek 2009

1. PJ Faezah Daud - Pengurus Stokis Terbaik, Pengarah Melati(PL) Terbaik dan Lawatan Ke Jakarta)
2. PJE Ust Rahaizan Nor (Anugerah PIN Pengarah Jati Emas - Lawatan Ke Langkawi)
3. PJ Zakaria Mohamad - PIN Pengarah Jati

Kumpulan Nasyid HPA ~TaQwa ~

Sempena Konvek 2009. HPA telah menghasilkan Album Taqwa ~ Nazam HPA ~. Yang di anggotai Pak Habib, Ust Uwais, Ust Huzalifah

Qasidah yang ada didalam albun ini, Nazam HPA, Subhanallah, Ya Wadud, Sajak Usahawan Sejati, Selawat Nabi, Munajat HPA

Harga Promosi : RM10.00 Harga Biasa : RM15.00

Dapatkan album HPA di HPA Collection, Jawi Herb Shop dan Cawangan HPA Sekian

Selasa, 21 Julai 2009

Majlis Alumni Herbalis pada 24hb Julai 2009 ditangguhkan

Majlis Alumni sijil herbalis diTangguhkan:

Majlis Alumni untuk Peserta Sijil Herbalis De Palma Hotel, Ampang yang dirancang pada 24hb Julai 2009 ditangguhkan - HARAP MAKLUM

PELANCARAN PROGRAM HERBALIS KEMAMAN

Pelancaran Rasmi Kelas Perubatan Jawi Cawangan Kemaman, telah dilaksanakan pada hari ini (Khamis – 16 Julai 2009) dengan jayanya. Majlis dan lafaz pelancaran telah disempurnakan oleh Timb.Pengerusi KPTrg PJS Al Fadhil Ustaz Jamaluddin bin Jusuh yang juga Penaung komuniti HPA Kemaman

Perasmian Oleh PJS Ust Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz

Ucapan Jemputan KHAS PJS Rosmadi Ishak

Dijemput khas PJS PJM En Rosmandi Bin Ishak bagi menjayakan program ini. Kami di pihak herbalis Kemaman sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir…

Pengerusi Majlis Herbalis Azmi

Pengarah Kelas Herbalis Kemaman, Herbalis Khaidir / Khaizal
Lapuran Sinar Harian

Sabtu, 18 Julai 2009

Sejarah Perubatan JAWI

By HPA Online Network

Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.Tuan Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.

Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.

Pengertian Perubatan JAWI

Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Perkataan JAWI merujuk kepada:

J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.

A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.

W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.

I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W :-

“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.

DOA –> ILMU –> TAWAKAL

Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dating daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).

Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.

Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu :-

Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).
Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.
Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.
Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.
Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.
SEBUAH KEJUJURAN…”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

Bekam (Al-Hijamah)
Akupunktur
Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
Urut Refleksologi
Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

Diagnos Saraf Tapak Tangan
Diagnos Anak Mata (Iridology)
Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

SEMINAR KESEHATAN SEHARI

Assalamu'alaikum wr wb

Kami mengundang Bapak/ibu/Saudara/ saudari seiman dibatam untuk mengikuti:
SEMINAR KESEHATAN SEHARI
Tema:
-Mengupas Halal dan haram dalam makanan, minuman, Obat, Vaksin ditinjau dari segi Syari'ah dan Medis
- Solusi Thibun Nabawi (perubatan cara Nabi) dalam mengatasinya

Tempat : Asrama Haji Batam Center
Hari/tanggal: Ahad, 19 juli 2009 / 26 Rojab 1430H
Jam : 08.30 s/d 17.30 WIB
Pembicara : Bpk. Bibit Supardi ( Alumni Kolej Perubatan Jawi Malaysia)

Investasi ilmu Rp 50.000
Fasilitas : Makalah, Makan siang & snack

kontak person : 0778-7309419 ------dani
0813-64654900- ---eDI
0856-68781608- ---Danang

Wassalamu'alaikum wrwb

Selasa, 14 Julai 2009

Kursus Akupuntur (2 Hari )

Kursus Akupuntur (2 Hari )

Tarikh : 1 & 2 hb Ogos 2009,

Tempat : Tuhfah Resources, 3-2 Jln PGN 1A/1,

Pinggiran Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

Masa : 9 pagi - 6 petang

Tenaga Pengajar : Pak Ahmad Sunaryo (BATAM)

Jumlah peserta : 15 orang sahaja

Yuran : RM300 (termasuk makan dan nota, tidak termasuk tempat tinggal)

Hubungi : Pn Kai ( 012 335 6005) atau email ke kaiyisah@yahoo.com

Sabtu, 11 Julai 2009

Sijil Herbalis 17

Tarikh : 11 Oktober - 31 Oktober 2009
Yuran : RM2500.00
Tempat : Bandar HPA Sungai Petani
Buat Bayaran Sekarang
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
No A/C: 02020010052950
Fax : +6 04-4419254

Borang : http://hpa.com.my/ithpa/herbalis17.doc

Tel : Tel : +6 04-4419094 / 0196330727 Fax : +6 04-4419254

Jumaat, 10 Julai 2009

HPA : Temuduga Terbuka Pelajar Ke China

Tajuk : Pengambilan Pelajar Ke China (Tajaan Sepenuh HPA)
Tarikh: 13 Julai 2009
Tempat : Dewan HPA SP, Bandar HPA Sungai Petani
Masa : 2 Petang
Syarat : Lulus SPM ( Umur 18 - 22 Tahun)
Tel : 0134308717 / 049776805/04

Isnin, 6 Julai 2009

PROGRAM PERAWATAN JAWI

Salam… di atas kesepakatan, kami di Livingnaturally mengalu-alukan semua herbalis16 untuk mengunjungi klinik Perawatan JAWI kami di Kemaman, Terengganu… Di sini juga kami telah sebulat suara bermuafakat di kalangan herbalis16 Kemaman, untuk mengendalikan Program Perawatan Jawi Di Cawangan Kemaman setiap khamis jam 3.00 – 05.30 petang…

JEMPUTAN KEPADA SEMUA YANG BERMINAT!!

http://www.livingnaturally-kdier.com/

Sabtu, 4 Julai 2009

Madinah Thibbunnabawi

Dimiliki oleh: Ust Haslan, Beserah, Kuantan Pahang Darul Makmur
Khidmat : Bekam, Akupuntur, Reflek, Jualan Produk Perubatan Jawi dan Sunnah